HARIMAU BERANTAI TV
  • Home
  • Instructors
  • Articles
  • Contact
  • Silat Summer Camp 2020 Updated

Kem latihan ‘Silat-Santai-Sihat’ 2018

Nota Permulaan oleh Guru Ilmi
Disklaimer:  Penulis dan penerbit tidak bertanggung jawab atas apa-apa kecederaan yang berlaku disebabkan oleh penggunaan maklumat mengenai teknik-teknik yang diserlahkan didalam artikel ini. 


Setelah menjalani proses perlaksanaan dan persediaan, "The 1st Malaysia International Silat Summer Camp 2018" kini di buka untuk para peminat dan pengamal seni beladiri di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia membuat tempahan tempat  dengan harga pakej istimewa.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya serahkan pada Prof Jak Othman pengarah Kem musim panas ini untuk menerangkan keunikan dan pakej special untuk peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.

​Silakan Prof.

Picture
Guru Ilmi Khalid

Kem Latihan Silat  bersama 6 Mahaguru di  Pulau Pangkor 2018 untuk Rakyat Malaysia, Singapura, Brunei and Indonesia sahaja. 

oleh Prof Jak Othman

Terima kasih Guru Ilmi yang gigih membantu mempromosikan harimauberanti.tv dan kem musim panas Silat Malaysia Antarabangsa yang pertama yang bakal diadakan di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor Perak pada 16 hingga 22 Julai 2018 ini.
Picture
Kem Latihan silat intensif ini bakal dikelolakan oleh 6 pakar silat yang bertaraf Mahaguru. Mereka akan mula mengajar dari jam 9 pagi terus ke 2 petang di pantai teluk Nipah. Kemudian diikuti oleh sessi kedua pada jam 6-7.30 petang Setiap Mahaguru akan mengajar topik yang berbeda dan mereka mengambil giliran untuk bergelanggang pada hari yang berbeda. 1 hari, 1 Mahaguru, topic unik dan eksklusif. 

Siapa Mahaguru untuk Kem ini?

Picture
Pada hari selasa`17 Julai 2018, Mahaguru Haji Awang Daud dari Akademi Seni Beladiri Awang Daud akan mengajar  seni Sarong-Cindai. Satu cabang ilmu persilatan yang sangat dirahsiakan, kini bakal dibuka  untuk umum. Mahaguru Haji Awang adalah pakar seni cindai warisan Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul  Rahman pengasas Silat seni  Gayong Malaysia. Jangan lepas peluang ini untuk belajar dari satu lagi legenda Silat Malaysia.  
 
Pada hari selasa 18 Julai 2018;  Mahaguru Haji Alias Jamil dari Perguruan  Silat Gayong Harimau Pulau Pinang akan  mengajar  seni Keris. Keris ialah senjata utama  pendekar Melayu. Jika anda tidak pandai atau tidak tahu menahu tentang ilmu berkeris, pelajaran silat anda belum lengkap. Datang ke kem ini dan  belajar selok belok berkeris dari pakar keris ilmu warisan dari Empayer Kedah tua.  Seni bertempur  dengan  keris telah hampir pupus di bumi Indonesia. Belajar berkeris cara pendekar Melayu di Kem ini!   
 
Pada 19 Julai 2018, satu lagi guru silat lagenda akan mengajar seni tongkat dan kayu sejengkal. Beliau ialah Mahaguru Haji Zainal Sheik  Nawab dari Perguruan Silat Tua Pulau Pinang. Beliau yang sangat popular dengan panggilan Pakcik Zainal .Dia punyai ramai murid di peringkat antarabangsa dan Guru pakar dalam pelbagai ilmu senjata Melayu lama. Untuk kem ini belaiau akan mengajar rahsia bertongkat  dan  memeperkenalkan satu lagi senjata kecil yang digeruni lawan iaitu kayu sejengkal .
 
Seterusnya pada 20 Julai 2018, seni Kuncian (silat grappling methods) akan dikelolakan oleh  Mahaguru Prof Mazlan Man dari Perguruan Silat Kalam Utama Malaysia, seorang pakar Kuncian dari ilmu silat Kedah tua.  Belaiu memang terkenal diperingkat antarabngsa, wakil Malaysia di pertubuhan para Grandmaster di peringkat antarabangsa ‘The Soke Council ‘.  Belajarlah  ilmu mengunci silat Melayu di mana ‘Tap out’  tiada bermakna bagi pendekar Kalam! Mahaguru Mazlan mewarisi ilmu persilatan dari Allahyarham Tok Guru Yahya Said.
         
21 Julai 2018 ialah hari terakhir bagi kem 2018 ini. Buat pertama kali dalam sejarah seorang Srikandi Melayu akan tampil mengajar seni kerambit. Srikandi Hajah Ramintan Ramingon  dari Silat Harimau Berantai  dan murid beliau Prof  Jak Othman akan mengajar selok belok berkerambit . Belajarlah seni ini dari  pakar yang tidak asing lagi di dunia seni beladiri antarabangsa.

Penginapan dan Makan

Para peserta bebas untuk memilih tempat penginapan dan makanan di lokasi. Di Pulau Pangkor terdapat pelbagai hotel  dan restoran yang boleh menjadi pilihan mengikut poket anda. Kami mengesyorkan tempat penginapan di Tekuk Nipah. Jika anda pilih Pasir Bogak, anda perlu menaiki teksi pantai  lebih kurang 7-10 minit ke Teluk Nipah.
Alat latihan / keselamatan yang wajib ada
Picture
Yuran penyertaan
Harga ini ditawarkan pada rakyat Malaysia , Singapura , Brunei dan Indonesia sahaja.
Picture
Baki bayaran perlu dibayar habis sebelum mula latihan pada hari pertama. Semua bayaran yang telah diterima tidak akan dikembalikan, jika peserta tidak hadir untuk berseminar.
​

Mereka yang menghadiri kesemua enam hari sahaja akan menerima sijil peryertaan.
Sila buat tempahan  dengan memasukan deposit ( tidak akan dikembalikan jika gagal hadir) pada
Puteri Nuraqidah Ismaroom Binti Abdul Razak. CIMB Islamic Bank Berhad  8602779055
 
Hantarkan Bank in slip melalui whatsapp pada Prof Jak Othman di  +6013-3626561
Untuk sebarang pertanyaan silat hubungi Prof Jak di talian di atas atau email jak_othman@ymail.com.

Jangan lepaskan  peluang ni. Tolong war-warkan pad semua kenalan anda . Kem begini memang tidak pernah diadakan di Negara kita.  Buat tempahan sekarang!

Jumpa semua di Pulau Pangkor!
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Instructors
  • Articles
  • Contact
  • Silat Summer Camp 2020 Updated